di saat aku termenung berduka, aku menyentuh kalung pemberiannya. teringat wajahnya di saat dia berlutut sambil meminta cinta ku. mana mungkin dia akan lakukan itu semua jika dia tidak serius ingin memiliki.
dia telah pun berjumpa kedua ibu bapa ku untuk memohon izin memperisterikanku. syarat tunang dan nikah juga telah dia persetujui..mana mungkin dia akan lakukan itu semua jika cintanya hanya mainan.
hentikan saja keraguan ini. dia sememangnya tulus menghulurkan cinta. dia bukan lelaki yang pernah kau kenal sebelum ini.. dia berbeza.. hatinya ada Dia. percayalah.. dia tak akan mempermainkan diri mu. kerana dia insyaAllah putera agama yang kau cari.
jangan kerana kesilapan kecil yang dia lakukan, kau melenyapkan terus segala kebaikan yang pernah dihulurkan. niatnya hanya ingin menjaga dirinya, juga dirimu. percayalah, dia sedang cuba melakukan yang terbaik supaya cinta dia dan dirimu mendapat barakah dari Nya.
No comments:
Post a Comment