"kalo contc hari2 pun, mesti akan tanye, 'dah makan?''makan apa?''buat apa harini?'..kan?"
"un"
"tu maksudnye, xde bende penting la tu, nak watpe contc kalo xde bende penting kan.."
sahabat ku.. xpernah berubah.. sangat-sangat menjaga ikhtilat..dulu, kalau kitorang ade yang gatal g kapel ke, suke mane2 senior ke, dia adalah orang terakhir yang akan tau.. sape berani bagitau dia, nak kene bebel sila lah bagitau,hehe.. kadang2 dah clash baru bagitau dia,haha.. akan kene bebel jugaklah tapi lembut sikit..hehe
"kalau terlepas cakap perkataan yang x sepatutnya (ily,imusm & yang sewaktu dengannya) nanti kene denda, sebulan xleh contact.."
tergelak dibuatnya. sampai ada denda. hanya kerana ingin memelihara manis sebuah cinta.
"kalau ada benda betul2 penting sangat baru call ye."
tika saat tali pertunangan telah diikat, ijab kabul hampir tiba, ia masih cuba teguh dijaga rapi.
CINTA.cinta itu murni lagi suci, fitrah manusia. tiada slahnya untuk mencinta. kerana cinta itu bisa membuat pahit menjadi manis, racun menjadi penawar, tangis menjadi tawa, duka menjadi bahagia. tapi, kita.. kita manusia yang menyalah gunakan cinta menyebabkan cinta nampak kejam, nampak menyakitkan, nampak menyusahkan. cinta itu sememangnya tidak bersalah. hanya mereka yang tidak menghargai cinta menjadikan ia hilang kesempurnaan.
aku..
seminggu sekali? sebulan sekali? bila penting? *sigh*
hati ini tidak sekuat dia. hati ini bukan batu, tapi ais. bila ditempa berkecai, bila disentuh cair.
biarpun gelak tawa mungkin dilupa, biarpun wajah akan samar di ingatan, biarpun rasa mungkin pudar. biarkan... biarkan ia begini. jangan disentuh, dan jangan cuba di ubah.
kerana diri ini sedang berusaha percayakan Dia, hanya Dia. kerana Cinta itu, milik Dia, bukan aku, juga bukan kamu.
risau?
tipu jika aku katakan tiada sekelumit pun rasa bimbang di hati, saban hari akan terlintas di hati, mungkin dia akan pergi, mungkin dia bukan milikku, mungkin dia.....
tapi, pesan sahabatku akan sentiasa ku tanam dalam diri..
"makin kita nak buat baik, makin banyak perasaan negatif akan datang. tu setan.jangan layan. kita kene kuat"
bukankah ini yang kaupinta saban hari..
"Tuhan, jika dia telah ditakdirkan untukku, dan aku ditakdirkan untuknya, maka peliharalah hubungan kami dengan syariatmu."
jadi, kenapa perlu bersedih di saat tuhan akhirnya memakbulkan doamu..
walau beribu kali rebah tersadung dugaan, walau kekadang hati hiba mengenang kesepian, walau sekalipun mungkin dia bukan untukku. takkan ku biar sejarah silam berulang untuk kesekian kali. manisnya cinta ini akan ku jaga buat dia yang akan halal buatku.
walaupun mungkin aku hanyalah epal yang telah gugur menyembah bumi, biji yang bersisa tidak mustahil untuk bertunas kembali menjadi pohon rendang buat peneduh sang musafir..
“Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik).” (HR al-Tarmizi).via cinta high class
p/s: maaf di atas segala kepincangan hati ini..
No comments:
Post a Comment