Thursday, September 30, 2010

kembali ke asalmu!!

1/10/2010
esok, hari first saya akan melangkahkan kaki semula ke "skolah" utk memulakan sem baru..
tapi...
something lost..
x rase excited langsung..
just rase malas, n terpakse..
mane ntah perginye semangat tu..
i wish semangat tu akan datang balik after wii minggu depan..
really need sth to motivate me again..
maybe coz still missing everyone at malaysia..
mama, ecah. ayish. my siblings n nanar lg..
first tyme kot ad rase camni..
selalunye byase je balik sini balik..
ya Allah, suntikkan lah semangat mu.. ameen...

someone said
"whatever happen to us, pulanglah kepada Allah, everything will be much better"

Tuesday, September 28, 2010

buat sayang ku Nur Aisyah Humairah

for my dearie aisyah @ ecah...

ateh rindu nak dengar ecah panggil ateh ngan suara lembut ecah

rindu nak tgk ecah nari bile dengar lagu 3 bears

rindu nak tengok ecah wat2 muke takut

rindu nak ecah tarik ateh sruh teman ecah naik atas

rindu nak pegang ecah bile ecah turun tangge walaupun sebenarnye ateh takut sgt ateh x kuat n wat ecah jatuh

rindu nak tgk ecah gelak

rindu nak tengok ecah lari sambil jerit "yayie"

rindu nak dengar ecah jerit "gol yeay bile tengok bola

rindu nak dengar ecah cakap "pin pin" sambil tunjuk tv sebab ecah nak tgk upin ipin

ridu nak mandikan ecah

rindu nak pakaikan ecah pampers n baju pas mandi

rindu nak dgr ecah ckp bahasa germanwalaupun ateh x paham, ateh ye kan je,hihi

rindu nak dengar ecah ckp "cucu" n dtg kat ateh sruh ateh bukakkan botol susu ecah

rindu nak tengok ecah makan nasi lemak sambil duduk kat krusi biru ecah

bile teringat kat ecah je mesti bergenang air mata ateh

bile ntah ateh bleh dengar ecah panggil ateh ngan manje lg


gugur air mata ateh bile mama cakap


sehari pas ateh balik


ecah asyik panggil ateh je pg tu


ecah rindu ateh jugak ke,hihi



pasni bile ateh balik lg,mesti ecah dah pandai cakap dah kan

sayangnye ateh x dpt tengok camne ecah membesar

ntah ecah igt lg ke x kat ateh bile ateh blik lg




ECAH, ATEH RIIIINNNDUUU SGT KAT ECAH


ecah try to read





love you,
ateh

Monday, September 27, 2010

tadaima

home oredi.

miss my other home...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:1丁目,Nagoya,Japan

Friday, September 24, 2010

awek VS sister

kakak : adik, kalo kakak nak g shopping kejap, adik nak teman x nanti?


adik : awak tu kakak saye.. 
             awek saye pun saye teman, xkanla kakak saye x teman..












see, that's my sweet litlle bro..
tp..
kene bayar duit minyak and belanje pape yang die nak..
well otak bisnes memang camtu...lol

Friday, September 17, 2010

my brother my bodyguard


ni la adik saye @ my bodyguard.. name die Anas Ataillah @ ata
cakap je nak g mane, die bleh tlg antakan, bile2 pun xpe..
nak sruh die g kedai, suruh je, die watnye..
lagi2 kalo mama yang suruh..
tp
takut cikit ar kalo die yang anta..
maklumlah, naek motornya..
seram sejuk di buatnye kalo die menyelit2 celah2 lori..hiii

walaubagaimanapun
die sgt suke kacau kakak die yang comel ni
ad je bende die nak wat
paling suke die wat picit pipi orang
geram betul
macam byase
saye bukan pompuan yang suke berdiam diri je
siapla die kene sepak ke
kene sepak ke
baling barang ke
paling power
jerit je 'MAMA, tgk ata'
haha
macam bebudak 
padahal dah 22 and die 20
besday die semalam
die kate
" baik betul najib tu, sebab besday ata je die suruh satu m'sia cuti"
ok, die memang poyo
tapi x pernah merungut bile suruh wat keje
kalo die malas
di pas la kat kakak die yang asyik kene buli je ni..haish

I bet you'll miss me ata.. =P

Wednesday, September 15, 2010

I HEART YOU

I love you
you love me
we're best friend like friend should be
with a big big hug and a kiss from me to you
wont you say you love me too











lagu yang ecah dengar bile maen barney

selamat haghi ghayer!!


Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir & Batin
1431hijri



raye tahun ni bertambah seri dan meriahnya dengan kehadiran Nur Aisyah Humaira yang sentiasa menceriakan suasana.. 
walaupun pertama kali raya tanpa opah (belah abah) di sisi..
Adam (abang terchenta) beraya di kampung isteri, so tiada dalam gambar..
macam biasa, kami beraya di kampung (belah mama,belah abah dah xd kg) bersama atok & opah di tg. tualang, perak.






Wednesday, September 08, 2010

raya tanpa seri

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

ungkapan ini yang selalu lahir dari mulut setiap orang bila tiba saat bersalaman bersama ngan opah, tok n family ..
ayat tu jugak yang ku lafazkan kepada mama..
adala tambah ayat belakang, tapi biarlah rahsia ok...huhu 
mama mesti menitis kan air mata di saat ayat itu terlafaz di bibir anak2nye.. (yela, setahun sekali je kot cakap)

tapi...

ayat itu tidak pernah ku lafazkan pada 'dia'
hati ini tidak merelakannya..
sejak 3-4 tahun yang lalu, sejak insiden itu..
'dia' juga tidak pernah melafazkannya padaku..
sebab tu aku x pernah nak melafazkannya..
cukuplah sekadar salam dan cium tangan..
walaupun tanpa senyum dan pandangan mata..


ampunkan aku ya Allah..
ku pohon kekuatan buat diri ini untuk melafazkan segala
agar terungkai dendam yang terbuku di hati..

Sunday, September 05, 2010

penting, penting, penting...

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :



1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.

"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)



HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor? JWPN - Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama? JWPN - Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

1. Dalam perkara solat subuh pun sama :

* perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya
* Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.









astaghfirullah...
ampunkan aku kerana kejahilan ku...

doa daripada malaikat

11 jenis manusia yang didoa malaikat


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."



semoga kita tergolong didalam golongan yang di doakan... ameen...