Jika benar-benar sayangkan pasangan anda
maka hormatilah dia
peliharalah dia
dan perlakukanlah dia sewajarnya
seperti orang yang anda sayangi
Jangan hancurkan hidup pasangan anda
hanya kerana keseronokan yang sementara.
Jika sayangkan permata
tempatkanlah ia di bekas yang selamat
dilindungi dan dijaga..
Jangan sekali-kali didedahkan dan disepah-sepahkan
Jangan manisnya dikecap
sepahnya dibuang
Bagi jejaka
jagalah kehormatan si dia
bakal ibu bagi anak anda nanti.
Sesungguhnya hanya ibu yang baik dapat mendidik anak yang baik
perkongsian dari
buku 'tentang cinta' yang ditulis oleh ustaz Pahrol
di bawah tajuk
"nak ber'couple' boleh tapi....."