terlalu lama rasanya aku tidak menulis disini.. kenapa.. mungkin tiada kata yang mahu dilafaz, tiada rasa yang perlu diugkap, tiada idea yang perlu dikongsi.. kemana perginya rasa itu.. rasa ingin memberi, rasa ingin berkongsi, rasa ingin melakar kasih buat semua..
Ya, silap ku.. hanyut dengan arus duniawi.. syukur masih ada pohon yang mampu ku gapai sebelum ku terus hanyut lebih jauh.. Terima kasih tuhan, kurniakan mereka buatku.. Namun tuhan, melawan arus, bukan semudah melafaz A,B,C, bukan semudah menggoreng kacang.. Ku tahu itu sahaja cara untuk aku menggapai cinta Mu..
Tuhan, aku bukan sahabat yang baik, yang mampu menegur sahabatnya jika ada kesilapan, aku hanya mampu berdiam, kerana ku takut ada yang terluka dan aku juga tidak sempurna..
Tuhan, aku juga bukan anak yang baik, yang masih mampu tersenyum dan membahagiakan ibu bapanya sepanjang waktu..
Tuhan, aku juga bukan hamba yang baik, yang mampu sentiasa istiqamah melakukan ibadah kepadaMu..
Tuhan, aku hambaMu yang lemah lagi hina.. Hati ini tidak lagi seputih dan sebersih seperti yang Kau kurniakan dulu..
Tapi tuhan, ku tahu & ku percaya, kau maha pengampun, maha mengasihani, maha penyayang.. mana mungkin aku menulis di sini tanpa kasih dan cinta Mu.. ku pohon padaMu tuhan yang punya segala kekuasaan dan kekuatan, pinjamkan aku kekuatan Mu agar aku mampu berdiri walau ditolak kederasan arus yang tiba bertalu.. agar aku dapat menjadi sahabat & pasangan terbaik buat mereka yang ku sayang.. agar aku dapat menjadi anak terbaik buat ibubapaku yang tercinta.. agar aku.. dapat menjadi hamba terbaik buatMu pencipta kesempurnaan diri ini..Tuhan, mujahadah ku untuk Mu.. hanya kerana Mu.. Ampunkan aku diatas segala keterlanjuran ku yang ku lakukan di bawah sedarku mahupun di luar sedar.. Tuhan, bantulah aku untuk terus tersenyum dengan penghinaan, redhakanlah aku dengan kesepian yang bertandang, dan hilangkanlah rasa takut ku pada selain daripadaMu.. Yakinkanlah aku dengan segala perancanganMu.. Kurniakan aku, HATI EMAS itu..
ameen..
No comments:
Post a Comment