Tuesday, August 31, 2010

ku memohon yang terbaik

Ya Allah,
ku memohon petunjuk daripada-Mu  dengan ilmu-Mu
dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu
dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar

Sesungguhnya Engkau Maha berkuasa 
sedangkan aku tidak berkuasa
dan Engkau Maha mengetahui
sedangkan aku tidak mengetahui
dan Engkaulah yang Maha mengetahui segala perkara yang ghaib

Ya Allah
seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini
adalah baik bagiku, 
pada agamaku, kehidupanku, dan kesudahan urusanku
sama ada cepat atu lambat
takdirkanlah ia bagiku
dan permudahkanlah serta berkatkanlah bagiku padanya

dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini 
mendatangkan keburukan bagiku, 
pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku
sama ada cepat atu lambat
maka jauhkanlah aku daripadanya
dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun
kemudian redhailah aku dengannya 

AMEEN YA RABBALA'LAMEEN

dipetik dari 'Denyut Kasih Medik'

p/s: sesuai di baca selepas solat Istikharah memohon petunjuk-Nya

No comments: